Translate
Sunday, 8 September 2013
oh.....camtu rupenyer.....
بسم الله الرمن الرحيم
ha....Alhamdulillah..da usai semua keja miSS cuN.. Time utk story ngan sahabat plak...
suka miSS cuN nak ingatkan... Stay la dengan sahabat walaupun senang atau susuh.. tengok macam pic kat atas ni ha... walaupun lain2 power! But tetap duduk sekali amek pic... hihi.. Cute pn ade...
Suka utk miSS cuN ingatkan,,, jangan la kita anggap orang yang kureng itu orang yang da xde harapan.. miSS cuN nak betulkan persepsi ni,,,
1- Dia tak tahu dan dia tak tahu yang dia tak tahu = Bodoh sombong
2- Dia tak tahu tapi dia tahu yang dia tak tahu = Jahil
3- Dia tahu tapi dia tak tahu yang dia tak tahu = Tertidur
4- Dia tahu dan dia tahu apa yang dia tahu = Bijaksana
Selalunya sesetengah orang akan bagi keempat-empat istilah ini kepada seseorang... Tanpa mereka sedar yang mereka tiada hak untuk menghakimi orang lain.. Bukankah lebih baik macam ni :-
1- Bodoh sombong = elakkan
2- Jahil = beri tunjuk ajar
3- Tertidur = bangunkan
4- Bijaksana = kongsi ilmu
Pernah miSS cuN hadapi situasi 'bidan terjun'..... Rasanya semua pernah merasa kot.. hihi.. miSS cuN diminta untuk gantikan tempat sahabat miSS cuN untuk satu sesi perbentangan coz sahabat miSS cuN tak sihat.. miSS cuN dengan rela hati gantikan dia tanpa sebarang persediaan.. Macam yang dijangka tak semua 'bidan terjun' akan bagi satu present yang baik. miSS cuN termasuk dalam golongan tu. Sahabat2 miSS cuN still bagi kata2 semangat walaupun dikritik 'keras' oleh pensyarah sendiri. almaklumla...'bidan terjun' tu bukan benda yang mudah tau,., Besar risikonya.. =)
tup tup! Keesokan harinya Gayah (bukan nama sebenar) datang jumpa miSS cuN masa miSS cuN sedap2 breakfast..hihihi... Gayah mula buka beg dan belek2 tab dia.. miSS cuN kerut2 ja kening.."pe hal la kwan aku sorang ni.." Gayah tunjuk post di laman sosial.. miSS cuN kenal orang tu.. Dalam postnya,, dia cuba klasifikasikan keempat-empat situasi yang miSS cuN sebutkan tadi.. tapi si dia kecilkan skopnya dan ternyata nama miSS cuN di tag kan dalam post tersebut.. Title miSS cuN ialah pertama.... What????? Tapi miSS cuN senyum,, miSS cuN anggapkan si dia ialah golongan yang ke-4.. Bijaksana... Tapi dia cuma lakukan sedikit kesilapan.. Apa-apa pun miSS cuN maafkan.. miSS cuN sayangkan sahabat2 miSS cuN.. Insya-Allah dengan izinnya kita sama2 akan masuk ke syurgaNYA. AMIN...
berdasarkan story panjang lebar miSS cuN tadi bukan berniat untuk yang tidak baik.. Malas la miSS cuN nak sebut..hihih.. Tpi macam seorang guru miSS cuN cuba ingatkan.. jadikan satu peristiwa itu sebagai pengajaran.. improve kan diri kearah pemikiran yang + .. Tak rugi pun kan.. teringat kata2 nihh
everybody makes mistakes;
that's why they put erasers on pencils
Selesai....
i'brahnya:
kata2 dari Saidina Umar al-Khattab
"semalam lebih baik dari hari ini = celaka
semalam sama dengan hari ini = sia-sia
hari ini lebih baik dari semalam = BERJAYA!"
have FAITH
بسم الله الرحمن الرحيم
Ting ting ting......
miSS cuN paling gemo sembang sal cara nak SERAP SEMANGAT dalam diri.. walaupun diri miSS cuN ni tak seberapa tapi terkadang,, kita kena kasi full support kat sahabat2 kan.. Bagi miSS cuN, semua yang miSS cuN kenal ialah sahabat miSS cuN.. even baru kenal kat market time beli sayur. =) Bukan ke Islam itu bersudara?? miSS cuN tak berapa pandai nak talking2 sal agama or yang sama waktu dengannya tapi bagi miSS cuN jadi kewajipan kepada sorang individu tu letakkan agama sebagai satu kebanggaan dalam diri dan apa yang ada kita sama2 kongsi lah.
Berbalik kepada title yang miSS cuN nak story....have FAITH....hemm,,,agak 'makan dalam' sikit la title ni.. dengar cam simple but not! faith lau selak2 lam kamus oxford yang miSS cuN dok belek2 ni boleh diklasifikasikan sebagai noun (kata nama)...mksudnyer iman, kepercayaan, ketaatan, keyakinan, kesetiaan, kepatuhan, kejujuran, & keikhlasan. Kesemuanya disebut FAITH.. BUT!!! Bawa lain makna kan????? Insya-Allah miSS cuN nak story sikit about FAITH... sikit je la.. banyak2 tak pro..hihi
1- IMAN
Berbalik kepada as-Sunnah yang digariskan.. Iman merupakan satu panduan atau rukun... Rasanya semua umat Islam tahu rukun Iman..hihihi.. Jangan cakap da lupa ea... Ingat lagi tak time kita TADIKA dulu.... cikgu akan ajar kita:....
"murid2... Hari ni cikgu nak sebut pasal rukun Iman. Rukun Iman ada 6..
pertama beriman kepada ALLAH
kedua beriman kepada MALAIKAT
ketiga beriman kepada RASUL2
keempat beriman kepada KITAB2
kelima beriman kepada HARI PEMBALASAN (AKHIRAT)
keenam beriman kepada QADA' DAN QADAR.."
masa tu kita semua angguk2 faham..miSS cuN arap semua still ingat rukun iman..
selesai....
2-KEPERCAYAAN
ha,,,,,ni lagi rumit.. agak luas skopnya.. Tapi miSS cuN try kecilkan. =)
ringkasnya kepercayaan ini boleh dirujuk dengan meaning IMAN... tapi miSS cuN da story2 sal IMAN,, now KEPERCAYAAN... soalan miSS cuN utk diri sendiri n semua sahabat2...
"sebenarnya aku percayakan siapa??"
"kenapa aku beri kepercayaan kat dia??"
"patut ke aku percayakan dia??"
"apa yang aku dapat kalau aku percayakan dia??"
"aku je yang percaya kat dia? Dia lak camner??"
Ni semua soalan yang patut sahabat2 sendiri yang jawab..miSS cuN sendiri pun ada jawapan tersendiri.. Tapi tak perlu bagitaw sape2.. Cuma tanya diri sendiri..
"Tepuk dada tanya hati..." selesai....
3- KETAATAN.
Satu perkara yang sering di ungkit2... Ataupun sering dipersoalkan..
Ketaatan.... miSS cuN pun tertanya2 pasal satu artikel yang miSS cuN pernah baca.. Sebilangan pasangan yang berkahwin dilaporkan bercerai kerana si isteri hilang rasa hormat dan taat kepada si suami.. SUBHANALLAH.. dengar macam rumit kan??
miSS cuN nak kongsi serba sikit pandangan daripada sahabat2(bukan nama sebenar) miSS cuN
- Gayah : "Aku taat kepada dia sebab aku yakin dia boleh tolong aku bila aku susah..."
- Munah : "Of coz la aku kena taat kat dia... Dia tu suami aku"
- Ali : "Aku terpaksa taat kat dia sebab dia tu majikan yang gajikan aku"
- Said : "Aku taat kepada yang sepatutnya." miSS cuN : ??????
Banyak lagi la jawapan sal isu ni.. Tapi miSS cuN pilih yang the bez punyer.. ;)
MASYA-ALLAH,, Fikir2 kan la ea... Taat boleh jadi isu yang agak 'bahaya'.
selesai....
Semua ni maklumat yang miSS cuN nak kongsikan.. Da lama simpan.. ALHAMDULILLAH!! boleh jugak story2 kat blog ni ea.. =)
sekadar tu je yang miSS cuN boleh kongsi.. Macam yang miSS cuN bagitaw,, miSS cuN tak pandai nak cakap tapi tak salah kan kalau kita berkongsi sebab miSS cuN suka kongsi2 story ngan semua sahabat2 miSS cuN.
Subscribe to:
Comments (Atom)


